Info Sharing



 E Z AGRO ENTERPRISE  menyediakan ruang bagi pelanggan-pelanggan untuk mendapatkan ilmu serta maklumat lebih lanjut berkenaan produk kami. Ruang 'info sharing' ini adalah bertujuan memberi input kepada pelanggan dalam pelbagai aspek yang diketengahkan oleh E Z Agro Enterprise. So, guyz we allowed you to share with us and among others any information regarding aggriculture. ^_^ jom sharing ....

AKIKAH

'Aqiqah (Bahasa Arab: عقيقه‎) ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Perkataan aqiqah dari kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. Aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran.
Hukum aqiqah menurut pendapat yang paling kuat ialah sunat muakkad. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada Fatimah ketika mengaqiqahkan Hasan:
"Hai Fatimah!, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambutnya). Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham".
Syarat yang afdhal untuk anak lelaki ialah dua ekor kambing yang cukup syarat; sampai umur, tidak cacat, milik mutlak. Manakala bagi anak perempuan satu ekor. Hadith dari Ummu Khazr al-Ka’biyah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:
Maksudnya: "Untuk anak lelaki dua ekor kambing yang mirip (sebaya dan seumur), dan untuk anak perempuan satu ekor".
Aqiqah boleh dilakukan serentak di atas bahagian yang sama dengan korban. Pada hari aqiqah disunatkan anak yang baru lahir diberi nama yang bagus dan dicukup rambutnya serta bersedekah seberat timbangan rambutnya (bagi yang mampu) dengan perak.



PENGURUSAN KAMBING ^_^

Bermula dari kelahiran sehingga bunting dan beranak kembali. Pengurusan ternakan dibahagikan kepada
  • Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)
  • Cerai susu hingga bunting
  • Pengurusan Kambing dewasa
  • Pengurusan kambing bunting hingga lahir
  • Pengurusan baka jantan
  • Pengurusan semasa penggemukan untuk dijual
  • Lahir hingga 3 bulan
Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan) 

  • Anak kambing diberi susu permulaan (kolostrum) dalam masa 6 jam selepas dilahirkan
  • Susu kolostrum dikeluarkan oleh ibunya untuk beberapa hari selepas beranak.
  • Kebiasaanya anak kambing menghisap sendiri, jika gagal hendaklah diperah dan diberikan melalui botol.
  • Pengambilan susu kolostrum paling penting untuk antibodi bagi melawan penyakit juga mernbantu merangsang sistern cernaan supaya berfungsi dengan sempurna.
  • Pusat anak-anak kambing disapu dengan 'iodine' supaya cepat kering, juga menghindar dari jangkitan kuman. Jika basah ianya membiak kuman dan anak-anak kambing senang dijangkiti penyakit.
  • Anak-anak kambing bergantung kepada susu ibu selarna 3 hingga 4 bulan. Selepas 2 bulan atau lebih pengambilan susu akan berkurangan dan anak kambing mula meragut sedikit-sedikit. Selepas 3 atau 4 bulan, anak-anak kambing boleh dicerai susu dan di mana ianya akan memakan rurnput sepenuhnya
  • Penceraian susu dilakukan secara beransur-ansur, bilamana makanan tambahan, rurnput dan juga susu di peringkat peralihan diberi. Anak dan ibu di kurung dalam kandang, Selepas 4 atau 6 minggu dilepas meragut di kawasan berdekatan supaya pengawasan senang dijalankan.
  • Kandang ternpat menernpatkan ibu yang beranak dan anak yang baru lahir hendaklah sentiasa kering dan bersih. Ternpat yang lembab boleh membawa kesejukan. Anak-anak kambing adalah peka terhadap kesejukan dan mudah terkena demam paru-paru.
  • Jika tidak dapat memberi susu awal, satu campuran susu dengan sedikit minyak sayur dan putih boleh digunakan untuk merangsang pergerakan usus.
  • Anak-anak kambing ini bolehlah diberi susu dari yang lain dengan memerah dan menyusu melalui botol atau terus dari ambing jika ianya mahu. tepung juga boleh dibancuh dan diberikan. lembu yang dicampurkan dengan I - 2 titik minyak ikan setiap kali hendak menyusu. Susu diberi sebanyak 170 gm (lebih kurang I cawan) setiap 4 jam sekali. Jumlah ini bolehlah ditingkat mengikut umur.
Selepas Cerai Susu Hingga Dewasa

Selepas cerai susu dalam lingkungan 3 - 4 bulan anak-anak dipisahkan dari ibu. Mereka diasingkan kandang dan tempat ragutan yang berlainan. Pemakanan hendaklah dijaga baik kerana berat badan biasanya mudah turun. adalah kerana tekanan (stress) akibat penceraian ibu dan juga susu.
Kumpulan anak-anak jantan eloklah diasing daripada betina, ini adalah kerana apabila meningkat umur 9 bulan anak-anak kambing ini sudah sampai umur untuk membiak. Anak-anak yang tidak sesuai dijadikan baka bolehlah dijual.
Pengurusan Ternakan

Pengurusan Kambing Dewasa


Penjagaan terhadap kambing-kambing dewasa adalah sama dengan anak dari 4 bulan hingga I tahun

Ibu Bunting dan Selepas Kelahiran


Ibu-ibu yang telah bunting dan baru melahirkan hendaklah diasingkan untuk menjauhkan anak dari terpijak oleh yang dewasa. Ini juga menyenangkan program pengurusan. Ibu-ibu bunting memerlukan pengurusan rapi sebulan atau 2 minggu sebelum dan selepas beranak, makanan yang bermutu diberikan kepada mereka. Ini adalah untuk menentukan kesihatan ibu dan anakanak. Guni yang bersih boleh digunakan untuk mengalas bahagian lantai atau dinding untuk melindungi anak dari kesejukan.

Baka Jantan

Baka-baka jantan biasanya dikandangkan berasingan daripada yang betina. Mereka dicampurkan hanya bila hendak dibiakkan. Setiap ekor kambing jantan baka biasanya disimpan dalam kandang berasingan supaya pergaduhan dan kecederaan dapat dielakkan.

Setiap ekor jantan bolehlah digunakan untuk 20 ekor betina.

Anak-anak jantan untuk dijadikan baka hendaklah dijaga dengan baik dari segi makanan dan juga kesihatan. Ternakan ini memerlukan banyak senaman dan pergerakan. Jika ini tidak mencukupi ianya boleh menjadi malas dan ticlak cergas. Ternakan berkenaan hendaklah mempunyai kaki yang baik dan juga kuku hendaklah sentiasa dipotong supaya ianya tidak terlalu panjang dan tidak mengganggu semasa mengawan dan menjejaskan kesihatan.

Anak-anak jantan boleh mengawan dan membiak dalam lingkungan umur 9 bulan, tetapi dinasihatkan tidak digunakan sebelum umur setahun.

Pengurusan Penggemukan

Jika kambing-kambing dipelihara hanya untuk digemukkan dan dijual untuk daging, penjagaan kambing-kambing ini adalah mudah. Faktor penting di dalam pemeliharaan cara begini adalah makanan. Makanan diberi mestilah yang mempunyai zat yang tinggi dan baik.

Anak-anak kambing boleh digunakan untuk penggemukan apabila umur telah meningkat enam bulan. la mernerlukan masa di antara enam bulan hingga setahun di mana berat badan mencapai 20 - 25 kg. Ini. bergantung kepada jenis makanan dan keupayaan kenaikan berat badan kambing tersebut. Dalam masa satu atau dua bulan sebelum dijual, adalah lebih baik, jika diberikan makanan berkualiti dan mempunyai nilaian protein yang tinggi.

Pengurusan Kambing Sakit/Cedera


Kambing yang sakit atau cedera perlu diasingkan dari. kumpulannya dan diberi rawatan segera.hubungi Pejabat Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan rawatan atau nasihat selanjutnya,

JABATAN VETERINAR NEGERI
May 20th 2012


Penternakan haiwan di Malaysia memerlukan kelulusan serta bimbingan dari jabatan veterinar di negeri masing-masing. berikut merupakan kaedah memohon sijil kesihatan veterinar (SKV). Berikut adalah contoh proses permohonan SKV untuk negeri Melaka

Syarat-Syarat Pengeluaran Sijil Kesihatan Veterinar (SKV)


1. Ternakan mestilah sihat dan disahkan oleh pegawai perkhidmatan veterinar daerah.

2. Ternakan telah disuntik dengan suntikan pelalian Penyakit Kuku dan Mulut. Untuk pergerakan dalam dan keluar dari negeri Melaka.

3. Pengeluaran SKV tuk pergerakan keluar dari negeri Melaka bergantung juga kepada kebenaran masuk dan syarat-syarat dari negeri destinasi.

4. SKV hanya sah untuk 1 perjalanan sahaja dan dalam masa 1 hari.

5. Caj sebanyak RM10 akan dikenakan bagi setiap SKV.




3 JUN 2012

Ciri ciri kambing boer:
  • Subur dan mudah membiak sepanjang tahun
  • Mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain
  • Daging lebih bermutu, tinggi khasiat, rendah kalori, kolesterol dan kaya dengan protein
  • Kambing boer paling bagus dari segi daging berbanding baka jamnapari anglo nubian, alphine dan beratus ratus baka yang lain
  • Tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan diri dari sebarang bentuk persekitaran dan cuaca
  • Daging kambing boer bukan sahaja lebih enak dan bermutu, malah dicadangkan oleh American Heart of Association untuk mereka yang menghadapi masalah berkaitan jantung. Pada masa ini, pengeluaran kambing di negara ini adalah pada kadar 8% dan masih mempunyai ruang dan potensi yang besar untuk berkembang.

5 JULAI 2012



Lamb vs mutton (FROM WIKIPEDIA)


The definitions for lamb, hogget and mutton vary considerably between countries. In New Zealand for example, they are defined as follows:
  • Lamb — a young sheep under 12 months of age which does not have any permanent incisor teeth in wear
  • Hogget — a sheep of either sex having no more than two permanent incisors in wear[4]
  • Mutton — a female (ewe) or castrated male (wether) sheep having more than two permanent incisors in wear.

The term 'mutton' is rare and 'hogget' unknown[6] in the United States. Keen's steakhouse in New York City is one restaurant that has a "mutton chop" on its menu

Younger lambs are smaller and more tender. Mutton is meat from a sheep over two years old, and has a less tender flesh. In general, the darker the colour, the older the animal. Baby lamb meat will be pale pink, while regular lamb is pinkish-red.


In many Eastern countries including the Indian sub-continentMalaysia and Singapore, the term mutton refers to goats' meat (which is properly called chevon) and usually not to sheep's meat. Often, the mutton curries of the Indian cuisine use goat meat when cooked at home.













No comments:

Post a Comment