Thursday 5 July 2012

PROPOSAL 'E Z GOAT HOTEL'                          5 JULAI 2012

Proposal 'E Z Goat Hotel' - in progress. hopefully manage to complete it by end of this month and shows will b running by end of this year or early next year. one of the MEGA project by E Z Agro Enterprise. Those who are interested involve in this project are almost welcome.

Monday 18 June 2012

Plan Kandang Kambing E Z Agro Enterprise

18/6/12 - Isnin

E Z Agro Enterprise memulakan program ternakan kambing di Masjid Tanah, Melaka. Berikut adalah plan kandang ternakan kambing di Masjid Tanah :

PLAN KANDANG :
E Z Agro Enterprise melaksanakan program ternakan kambing secara 'semi-intensif' dan kandang merupakan faktor penting bagi memastikan kambing ternakan tinggal di kandang yang lebih selesa dan memudahkan pergerakan kambing.

Friday 4 May 2012

Briefly bout us:


Perniagaan E Z agro enterprise merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal yang melakukan projek ternakan kambing serta beberapa projek agrikultur yang lain. penubuhan perniagaan ini adalah pada tanggal 25 april 2012 oleh dr. zali bersama isteri , ema. pelbagai perancangan teliti dan terperinci telah dirancang bagi meningkatkan produktiviti asas tani ini.

Industri penternakan kambing ini masih belum dilakukan dengan komersial lagi. ini mungkin disebabkan oleh tanggapan masyarakat bahawa pemeliharaan kambing perlukan keserasian dengan kambing untuk membolehkan kambing hidup dengan baik. memandangkan permintaan terhadap daging kambing yang meningkat terutama musim perayaan keperluan untuk ibadah akikah, maka satu projek membangunkan kawasan ladang ternak, Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka untuk tujuan ternakan kambing telah dirancang. daging kambing yang mempunyai pasaran yang tersendiri serta mempunyai nilai khasiat yang tinggi boleh di komersialkan dengan perancangan serta strategi pemasaran yang berkesan. kemampuan projek ini berdaya maju bergantung kepada strategi pemasan serta kemampuan menguruskan kos operasi dengan cekap.

EZ Agro Enterprise telah merangka pelbagai program bagi memberi servis yang terbaik dan mudah untuk pelanggan. Selain itu EZ Agro sedang merangka sebuah plan ternakan kambing berkumpulan yang dapat memberi peluang kepada penternak baru yang ingin menceburi bidang ini dengan modal yang rendah. program ini akan dilancarkan setelah segala perincian telah dilaksanakan.

EZ Agro mengutamakan pelanggan dimana pihak kami memberi peluang kepada pembeli untuk melawat kandang kambing ini bagi melihat sendiri serta membuat pilihan membeli kambing. EZ Agro akan menyediakan ruang 'galery' di mana pembeli boleh membuat pilihan kambing untuk dibeli.

Ternakan kambing di EZ Agro merupakan baka kambing boer serta kacukan boer kerana kambing dari baka ini amat dikenali dengan kambing yang mempunyai isi daging yang padat berbanding kambing dari baka lain.