About us


Pengenalan Perniagaan

Pemilik : Dr. Mohd Ghazali bin Abdul Ghani ( Director )

Pemilik 2 : Saidatol Akmar Alias (Manager)

Permulaan Perniagaan: 25hb May 2012

No. Lesen Perniagaan: MA0169745-H

Alamat Ladang : Batu 19 ¾ Kampung Durian Daun,
78300 Masjid Tanah, Melaka

Jenis Perniagaan: Milikan Tunggal

phone : Dr. Zali - 0193320809 zalidr@yahoo.com
Pn. Ema/Akmar -0193322450

Perniagaan E Z Agro Enterprise menjalankan perniagaan ternakan kambing di Melaka dan jualan ternakan di sekitar Melaka, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor. E Z Agro mula menjinakkan diri dalam dunia ternakan kambing dengan ilham dan kerjasama sepasang suami isteri Dr. Zali serta isteri Pn. Ema/Akmar.

E Z Agro Enterprise memulakan projek ternakan untuk 'breeding' pada peringkat permulaan. Dengan bekalan sebanyak 52 ekor kambing dari baka boer. Perniagaan ini akan cuba meluaskan empayarnya dengan menambah bilangan ekor kambing pada masa akan datang. Peringkat permulaan ini bilangan kambing yang sedia ada dapat membantu sedikit sebanyak proses jual beli kambing bagi meningkatkan produktiviti perniagaan.

Pelbagai perancangan telah diteliti oleh E Z Agro Enterprise bagi meningkatkan kualiti produk serta mempelbagaikan aktiviti-akiviti ternakan di ladang. Dengan adanya tunjuk ajar serta menghadirkan diri ke kursus-kursus anjuran jabatan veterinar serta pihak swasta E Z Agro yakin bahawa projek ini dapat memberi khidmat yang terbaik kepada pelanggan.




No comments:

Post a Comment